Page 81 - Istiadat Konvokesyen Ke-13 UPNM
P. 81

ISTIADAT KONVOKESYEN KE - 13
                                                                                UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
                                                                                                                  79


                                  ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH
                                      STRATEGIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
                           JENERAL TAN SRI DATO’ SRI (DR.) HAJI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN (BERSARA)


                                                                          eneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj. Zulkifeli bin Mohd Zin
                                                                        Jdilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954. Beliau
                                                                     mendapat pendidikan awal di  Sultan Ibrahim Primary School
                                                                     dan melanjutkan pelajaran ke Sultan Ismail College pada tahun
                                                                     1967. Sejak dari bangku sekolah beliau amat meminati pasukan
                                                                     beruniform.  Beliau  juga  disifatkan  sebagai  seorang  yang  tegas
                                                                     dan sentiasa menitikberatkan pelaksanaan setiap tugas yang
                                                                     dipertanggungjawabkan dengan tekun.
                                                                        Beliau memulakan kerjaya tentera apabila terpilih menjalani
                                                                     latihan pegawai kadet di Unit Latihan Pendahuluan Pegawai
                                                                     Kadet (Pre-OCTU) di Port Dickson pada tahun 1973. Memiliki
                                                                     daya kepimpinan dan keterampilan karakter yang unggul,
                                                                     Jeneral Tan  Sri  Dato’  Sri  (Dr.)  Hj. Zulkifeli  telah  terpilih pula
                                                                     untuk melanjutkan latihan pegawai kadet di  Royal Military
                                                                     Academy Sandhurst, United Kingdom. Beliau ditauliahkan
                                                                     sebagai Leftenan Muda ke Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu
                                                                     Diraja pada 9 Ogos 1974, ketika negara sedang giat melawan
                                                                     gerakan insurgensi komunis. Walaupun di usia yang masih
                                                                     muda, beliau diberi kepercayaan memimpin platun khas dalam
                                                                     batalion iaitu Unit Combat Intelligence Squad (UCIS) yang sering
                                                                     ditugaskan menjalankan operasi-operasi khas memburu musuh
                                                                     di perbatasan.
                                                                        Kemampuan beliau memimpin dan menguruskan pasukan
                                                                     terserlah apabila beliau menjayakan tugas mentransformasikan
                                                                     Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja daripada sebuah
                                                                     Batalion Infantri Standard ke Batalion Infantri Para (Payung
                                                                     Terjun). Beliau turut menjawat pelbagai jawatan staf di Markas
                                                                     Tentera Darat dan Rajang Area Security Command (RASCOM)
                                                                     di Sarawak. Keupayaan beliau dalam bidang kejurulatihan turut
                                                                     diperlihatkan apabila diberi kepercayaan menjadi Jurulatih
                                                                     Taktik di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan
                                                                     Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera, sebelum kembali
                                                                     dilantik sebagai Komandan PULADA.
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86