Page 84 - Istiadat Konvokesyen Ke-13 UPNM
P. 84

ISTIADAT KONVOKESYEN KE - 13
                       UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
                        82



                                 ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH
                                                 HUBUNGAN ANTARABANGSA
                                            TUAN YANG TERUTAMA (TYT) DATUK (DR.)
                                             KHALID GHANIM MOHAMMED ALGHAITH


                                                                           uan Yang Terutama (TYT) Datuk (Dr.) Khalid
                                                                        TGhanim Mohammed AlGhaith dilahirkan pada
                                                                    12 Disember 1966 di Dubai dan merupakan cahaya mata
                                                                    kepada pasangan Ghanim AlGhaith dan Hamdah AlSuaidi.
                                                                    Dibesarkan dalam persekitaran yang menitikberatkan
                                                                    ilmu pengetahuan, beliau memulakan kembara ilmunya di
                                                                    Amerika Syarikat dengan memperoleh Diploma Pentadbiran
                                                                    Perniagaan di Community of PIMA College di Arizona pada
                                                                    tahun 1988. Didorong iltizam serta minat tinggi dalam bidang
                                                                    hubungan antarabangsa, beliau menamatkan pengajian di
                                                                    Western International University dengan Ijazah Sarjana Muda
                                                                    Pengurusan pada tahun 1989 sebelum dikurniakan Ijazah
                                                                    Sarjana Hubungan Antarabangsa di Universiti Amman
                                                                    di Jordan, dua tahun kemudian. Perjalanan ilmu beliau
                                                                    kemudiannya diteruskan melalui penganugerahan Diploma
                                                                    Pengajian Perdagangan Antarabangsa oleh Pertubuhan
                                                                    Perdagangan Sedunia (World Trade Organization) di Geneva
                                                                    pada tahun 1998 dan Ijazah Sarjana dalam pengajian “Legasi
                                                                    Sheikh Zayed: Perundingan dan Pembangunan Lestari”
                                                                    antara tahun 2018 sehingga 2021.
                                                                        Tuan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Duta
                                                                    Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia dari tahun
                                                                    2017 sehingga 2023 dan selaku Duta Besar Istimewa dan
                                                                    Mutlak Emiriah Arab Bersatu ke Brunei sejak tahun 2018.
                                                                    Sebelum  ini, beliau berkhidmat  sebagai Timbalan Menteri
                                                                    Luar bagi Hal Ehwal Ekonomi selama tujuh tahun antara 2009
                                                                    hingga 2016. Beliau bukanlah individu yang asing di persada
                                                                    hubungan antarabangsa. Pengalaman luas dalam tugasan
                                                                    diplomatik jelas  terserlah menerusi  rekod portfolio karier
                                                                    beliau sebagai diplomat. Beliau pernah menyandang jawatan
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89