Page 78 - Istiadat Konvokesyen Ke-13 UPNM
P. 78

ISTIADAT KONVOKESYEN KE - 13
                       UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
                        76

                                  ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH
                                                 KEJURUTERAAN AERONAUTIK

                             JENERAL TAN SRI DATO’ SRI (DR.) AZIZAN BIN ARIFFIN TUDM (BERSARA)

                                                                            eneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Azizan bin Ariffin
                                                                          JTUDM (Bersara) telah dilahirkan di Yan, Kedah,
                                                                      pada tanggal 25 Oktober 1952. Beliau merupakan anak
                                                                      sulung daripada lima orang adik-beradik dan membesar
                                                                      dalam  sebuah  keluarga  yang  sederhana  bersama
                                                                      ayahandanya Encik Ariffin bin Ibrahim dan bondanya
                                                                      Puan Madinah binti Hj. Taib.

                                                                          Sejak di bangku sekolah, beliau dikenali dalam
                                                                      kalangan guru-guru dan rakan-rakannya sebagai seorang
                                                                      pelajar yang teliti dan gigih dalam menekuni pelajaran.
                                                                      Berbekalkan galakan dan dorongan keluarga, beliau
                                                                      menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran hingga
                                                                      ke peringkat tertinggi. Dalam masa yang sama, beliau telah
                                                                      menunjukkan kecenderungan minat terhadap  pasukan
                                                                      badan beruniform. Terdorong oleh minat yang mendalam
                                                                      dalam bidang ketenteraan, beliau telah berusaha dengan
                                                                      gigih dalam pelajaran demi mencapai cita-citanya untuk
                                                                      mengabdikan khidmat bakti kepada negara menerusi
                                                                      profesion ketenteraan. Usaha gigihnya telah membuahkan
                                                                      hasil apabila berjaya melanjutkan pelajaran di Maktab
                                                                      Tentera Diraja (MTD), Kem Sungai Besi sebagai Pegawai
                                                                      Kadet Udara yang juga menandakan langkah awalnya
                                                                      dalam kerjaya ketenteraan.

                                                                          Setelah berjaya menamatkan Latihan Pegawai Kadet,
                                                                      beliau telah ditauliahkan oleh KDYMM Yang DiPertuan
                                                                      Agong sebagai Pegawai Muda ke dalam Tentera Udara
                                                                      Diraja Malaysia pada 16 April 1971 sebagai Pilot Officer.
                                                                      Beliau ditugaskan ke Cawangan Kawalan Trafik Udara
                                                                      sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara di Pangkalan
                                                                      Udara Kuala Lumpur. Berdasarkan kecemerlangan yang
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83